Tuesday, February 8, 2011

Susu dan nama

Teringat kembali cerita semasa minum pagi di kantin tadi. Apa teladan yang boleh kita dapat agaknya?

Ceritanya begini...

Pada suatu masa dahulu di mana haiwan boleh berkata-kata, berlaku perbualan antara ayam dan lembu. ayam pun berkata ... Manusia tak pernah mengenang pengorbanan kami di mana kami telah disembelih dan daging kami dimakan oleh mereka. Lembu pun berkata... Aku rasa aku lebih hebat... Banyak manusia yang telah meminum susu aku tapi tak ada seorang pun yang panggil aku Mak..!

Cerita ini memang lucu tapi ada pengajaran disebaliknya. Kalau kita lihat dengan lebih mendalam kita dapati bahawa tuhan mencipta kita adalah untuk berkhidmat untuknya... maka ingatlah dan sentiasa mengingati dan beramal.... renung-renungkan

No comments:

Post a Comment