Wednesday, February 9, 2011

Rancangan bersara


Pada hujung minggu lepas, The Sunday Post ada memaparkan kegiatan NGO di Bintulu. Saya membelek gambar dan mengenalpasti bahawa orang di dalam gamabr tersebut adalah rakan sekerja yang saya telah kenali hampir 12 tahun. Hj Ishak merupakan warga Johor yang telah berkhidmat lebih 20 tahun di Sarawak.... Beliau akan bersara pada tahun 2012. Tapi apa yang saya kagum ialah rancangan beliau untuk mengisi masa beliau bersara kelak. Saya rasa sudah semestinya beliau akan terus menetap di Kuching walaupun sudah bersara maklumlah isteri beliau adalah warga Sarawak. Kalau nak dikumpul warga Johor beristeri warga Sarawak boleh buat persatuan terutama sekali dari Segamat... sebagai contoh saya sendiri, Encik Shamsudin Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dari Batu Anam, Encik Ahamad Fairuz dari Kg Jawa .....


Balik ke cerita Hj Ishak tadi beliau telah menubuhkan pertubuhan NGO untuk berkhidmat, berbakti... satu usaha yang amat murni... Saya sendiri masih ada 20 tahun untuk berkhidmat dan belum ada rancangan sedemikian... Seharusnya nanti kita perlu ada rancangan untuk persaraan... bukan nama dicari ... kebajikan diutamakan.
**** Ingin terlibat dengan kegiatan NGO

No comments:

Post a Comment